Melancarkan Aliran Darah Haid

Tahukah anda bahawa amatlah penting untuk anda memastikan pengaliran haid anda berjalan dengan lancar? Sekiranya darah kotor ketika haid tidak keluar sehingga habis atau tidak lawas atau juga masih tertinggal saki baki darah kotor di dalam rahim, anda mungkin berisiko menghidapi fibroid. Selain itu, gangguan perjalanan darah haid dan kemandulan. Secara ringkasnya, fibroid merupakan sejenis ketumbuhan atau tumor yang berada di dalam rahim perempuan. Banyak fakta yang boleh anda ketahui mengenai fibroid di internet. Namun, apa yang saya ingin tekankan di sini ialah bagaimana cara untuk memastikan perjalanan darah haid lancar dan sekaligus dapat mengelakkan simptom fibroid.
Adalah digalakkan para wanita untuk mengamalkan pengambilan buah-buahan yang kaya dengan anti-0ksida ketika sedang mengalami haid. Buah tomato adalah buah yang sesuai dimakan ketika datang haid kerana buah tomato mengandungi anti-oksida.
Berikut ialah fungsi dan kelebihan anti-oksida untuk tubuh badan kita :
-Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
-Melancarkan perjalanan darah
-Menghalang pembengkakan dan keradangan
-Bertindak sebagai bahan anti bakteria,anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan
-Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah


3 comments on "Melancarkan darah haid"
terima kasih bagi info ye...teruskan usaha..
tq for the info..bole kongsi dlm blog saya sebagai rujukan?
Boleh...sharing is caring....
Post a Comment
Thanks for reading....