Kulit dan sistem imun bayi halus dan lemah.Segala bahan kimia,pewangi dan pewarna pada pakaian,bahan pencuci dan produk bayi boleh menyebabkan kulit bayi kering,merah & beruam.
Penjagaan kulit bayi :Ruam lampin
Ini adalah disebabkan kebasahan yang berterusan dari lampin yang basah.Ruam juga boleh terjadi apabila kulit bayi tidak dikeringkan dengan sempurna.Bakteria atau jangkitan boleh menyebabkan ruam lampin.Bayi mengambil antibiotik lebih cenderung mendapat ruam lampin kerana ubat tersebut boleh menyebabkan pertumbuhan kulat.
Panduan mengelakkan daripada masalah kulit:
-Periksa lampin bayi dengan kerap
-Tukar lampin/pampers/cloth diapers apabila sudah basah/berat
-Basuh bahagian lampin dengan pembersih yang kurang wangian
-Gunakan kain yang bersih dan lembut dan gunakan tisu lap bayi.Pewangi & alkohol dalam kebanyakan tisu lap bayi boleh menyebabkan keradangan dan kulit kering.
-Lap bayi sehingga kering
Sebelum memakaikan pakaian pada bayi sapukan krim pada bahagian lampin
-Elakkan daripada menggunakan bedak bayi.Bedak talkum boleh menyebabkan masalah peparu jika disedut.
Di sini saya syorkan anda menggunakan Bepanthen OINTMENT
Terbukti menyembukan ruam lampin dan bebas dari segala bahan pewarna,haruman dan pengawet juga terbukti mengurangkan insiden ruam lampin bila digunakan sebagai pencegah serta dapat mencegah perpeluhan.
Krim Bepanthen OINTMENT ini juga boleh digunakan pada nipple crack bagi yang menyusukan bayi.Selamat mencuba!
Calvin masih menggunakan krim ini sehingga ke hari ini dan kesannya memang menakjubkan,tiada ruam walaupun menggunakan pampers sepanjang hari.:)
krim ni boleh didapat di Guardian Pharmacy.Time beli ni ada free stoking tapi stoking ni tak sesuai untuk Calvin sebab kecil sangat.
See U next entry...:)